Tuesday, April 28, 2009

YA ALLAH.. SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU..

Dengan penglihatan
Aku dapat melihat segala kekuasaan-MU,
Mengagumi segala kebesaran-Mu

Namun..

Dengannya jualah aku melakukan kemungkaran pada-MU,
Menjerumuskan diriku ke lembah dosa,
Melihat pada yang tak sepatutnya,
Membuatkan diri ini alpa saat hidayah-Mu tiba.

Seketika kutersedar…

Mungkin belum terlambat,
Untukku pahatkan dalam diri,

Bahawa.. Aku mahu berubah!!!

Ya Allah,
Jika dulu aku angkuh di bumi-MU,

Alhamdulillah..
Hidayah-MU mematahkan keangkuhanku,
Membangunkan sifat malu,
Yang selama ini tersorok dalam diri,
Kutundukkan pandanganku,
Yang selama ini meliar!
Kutimbulkan kekeliruan pada teman-teman,
Kutempis segala teguran sinis,
Kutekadkan dalam kalbuku,

Bahawa… Aku mahu berubah!! !

Ya Allah,
Jika dulu aku lalai dalam menunaikan hak-MU,
Terleka dengan duniawi,
Terkadang kuabaikan ukhrawi,

Subhanallah,
Sesungguhnya kekuasaan-MU yang paling Agung,
Kau sedarkanku di saat aku hanyut,
Masih tak terlambat,
Untuk suatu perubahan,
Kuakur pada kekuasaan-MU,

Lantas,
Kulaungkan dalam hatiku,
Aku mahu berubah!!!

Ya Allah,
Kupohon hidayah-MU,
Duhai ayahanda dan bonda,
sahabat-sahabat,
serta teman-teman,

Bantulah daku,
Bimbinglah daku,
Dalam mencari,

Cinta yang paling Agung,
Cinta yang Esa,

Sesungguhnya,

AKU MAHU BERUBAH!!!

Tuesday, April 21, 2009

taaruf week

assalamualaikum...alhamdulilah,akhirnya dengan izinNYA dapat jua hambaMU ini merasa untuk menulis luahan dan titisan-titisan dakwah untuk kita kongsi bersama. semoga kita dapat berkenal-kenalan sesama kita...dialu-alukan untuk kita semua tak kira tua,muda,miskin, kaya....berkongsi idea dan masalah serta isu-isu semasa..insya ALLAH...